Assalamualaikum w.b.t,
"Nak baik banyak betul dugaan abang...huhu.." mesej daripada Pojie.
Keadaan kaki Pojie masih tidak pulih sepenuhnya...Terbaru ada nanah dalam luka kakinya...Astagfirullah....
Ingatkan dah hilang...Terakhir Pojie buat medical checkup doktor kata ESR (kuman dalam darah masih tinggi). Ada sesiapa tau macam mana nak kurangkan kadar kuman dalam darah???Dari segi pemakanan ke atau yang lain...Doktor kata pemeriksaan yang berikutnya kalau kadar kuman tak turun, doktor-doktor perlu berkumpul dan membuat keputusan sama ada nak buang besi atau tidak...
Ya Allah, Kau selamatkanlah Fauzi bin Sulehan.
Saya berbual dengan emak Pojie dan saya dapat rasakan kerisauan seorang ibu..Tapi saya tidak pandai untuk memujuk hatinya...Risaunya ya Allah...Saya tidak dapat berada di sisi Pojie kerana jarak dan kekangan masa kerja...Sedih bila tidak dapat menjenguk tatkala diri Pojie dalam kesakitan.. T___T
Doa dan harapan Inn buat Pojie, teruskan bersabar dan bersabar kerana Allah mengasihani hamba-Nya yang bersabar..Ada hikmah disebalik semua ini..InsyaAllah..
0 comments:
Post a Comment