♥ Usia Kasih Kami ♥

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 18, 2011

♥ Alhamdulillah ♥

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. Rasa bersyukur kami ucapkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah Innayah-Nya kami disatukan dengan ikatan pertunangan yang merupakan satu jalan menuju ke arah perhubungan yang halal.. :)

Kami bertunang pada 2-Mei-2011 merangkap hari kelahiran Inn yang ke-24. Alhamdulillah..
Majlis sepatutnya bermula pada jam 11 pagi tapi pihak Inn meminta untuk tangguh lagi sejam sebab masing-masing belum bersiap. Masakan baru siap dimasak tetapi tidak sempat untuk berkemas. Walaupun begitu, majlis diteruskan jam 12 tengahari. Inn disarung cincin risik oleh nenek Pojie dan cincin tunang oleh mak Pojie. :)
Selepas majlis tersebut, keluarga menyambut hari kelahiran Inn dan sepupu Nur Sabrina Batrisya. Kami buat majlis yang ringkas sebab lepas tu dah bertolak balik kt KL.. hehe..
Di sini ada sedikit gambar untuk kenangan :)






Tuesday, April 26, 2011

Hatiku sakit

Hmmm...inn xtau nak luahkan macam mana rasa hati ni..semuanya perlu dipendam sendiri...kadang-kadang hati inn terguris bila ada orang lain yang datang mengganggu dan menguji hubungan inn dengan pojie...inn sedar kekurangan diri inn..inn bukannya baik sangat orangnya...cantik pun x...nak dibandingkan dengan yang datang tu, inn rasa rendah diri...mungkin inn ni bosan orangnya...kan...hmmm...

Inn sentiasa berdoa agar hati inn dikuatkan untuk hadapi semua dugaan dan cubaan yang datang..

Ya Allah..Kau kuatkanlah hatiku ini...Berikanlah kekuatan dan ketenangan kepada hamba-Mu ini...Dugaan yang Kau berikan untuk menguji diri kami...Mungkin ini tandanya Kau sayang kepada kami dan mengingatkan kami daripada terus lalai dengan duniawi...

Ya Allah, Kau berkatilah hubungan kami dan Kau rahmatilah kasih sayang kurniaan-Mu kepada kami...Aku tidak dapat luahkan segalanya tetapi Kau Maha Mengetahui isi hatiku di saat ini...Bantulah aku ya Allah ya Rabbi.. T_T


Monday, March 21, 2011

♥ S.U.K.A ~ H.A.P.P.Y ♥

Assalamualaikum w.b.t

Apa kabar semua? :)

Saya ada berita gembira untuk dikongsi tapi masih terlalu awal untuk beritahu.. Macam mana tu?? hehe... Biar jadi rahsia saya dan Pojie dulu la..walaupun sebenarnya dah x rahsia...hehhe...

Apa-apa pun, doakan yang terbaik buat kami berdua dan semoga segala perancangan berjalan dengan lancar serta mendapat keredhaan Allah. Ameen~ ♥