♥ Usia Kasih Kami ♥

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 24, 2010

Dubai....

Assalamualaikum w.b.t

"Nak isi borang posting pulak.." pojie mesej kepada inn...
"Nak posting kt dubai ke?" inn membalas..
"A'ah..Nak ikut x?"jawapan balas pojie..

Haa...dubai..tu la cita-cita pojie..menjadi lecturer di dubai...insyaAllah..
untuk sama-sama ke sana, perlu ada ikatan yang sah antara kami terlebih dahulu..kami berdoa agar jalan ke arah tersebut dipermudahkan oleh Allah..amin...

Cita-cita, impian dan tanggungjawab menjadi satu garis untuk menentukan arah hidup kita.. di samping itu, ajaran agama perlu tersemat kukuh di sanubari agar diri tidak jauh terpesong dari landasan..

Kami berharap semua impian, cita-cita dan tnaggungjawab dapat kami langsaikan dan pikul untuk kemaslahatan bersama...(p/s: dah lama tak guna istilah kemaslahatan tu...hehehe..)

Kami akan terus berdoa supaya urusan kami sentiasa dipermudahkan jalannya..amin..

Tuesday, January 19, 2010

Sayangnya....

Assalamualaikum w.bt...

"Mi,dengarlah cakap lid ea..Perut mi kosong pastu buka tak berapa nak isi...Bahaya untuk perut tu.."

Mesej yang dihantar pojie kepada nazrin...Dapat dirasa kasih sayang dalam mesej tersebut..Pagi ni perut saya tak berapa nak sedap..mungkin sebab masuk angin..yela..semalam puasa tak sahur dan sempat alas perut dengan air kosong je...huhu..semalam dan pagi ni muntah..uhh....

Terima kasih kepada pojie kerana sudi berkongsi kasih dengan saya..banyak kesalahan yang saya lakukan tapi pojie tak pernah marah..kata-kata nasihat sentiasa diberi dan menjadi pendorong kepada saya untuk berubah menjadi muslimah...

Saturday, January 16, 2010

Dugaan buat kami

Assalamualaikum w.b.t



Sudah lama kami tidak menulis apa-apa di blog ni..kekangan masa dan banyak perkara yang berlaku dalam hidup kami..Lepas kemalangan akhir bulan 9 tahun lepas, perubahan yang baik berlaku pada pojie..tp baru2 ni, doktor sahkan terdapat jangkitan kuman pada kaki pojie...aduh..

Kena operate lagi..Skru di kaki perlu dikeluarkan..nanah di kaki telah dibersihkan tapi menyakitkan..perlu dikorek sedalam 2cm dan selebar 4cm...aduh..yang melihat dapat rasa kesakitannya apalagi orang yang mengalaminya...



Lid...mi minta maaf sebab tak dapat berada dekat dengan lid pada waktu2 lid susah..jarak yang memisahkan..mi harap dengan mesej dan call dapat mengurangkan kesakitan yang lid alami... Mi mendoakan yang terbaik buat lid..Semoga lid cepat sembuh...Amin...