Assalamualaikum w.b.t
Sudah lama tidak menjengah ke laman ini...sudah dua bulan rasanya...tiada ilham untuk menulis pun ya juga..hehe...
Tahun ini saya menerima banyak berita gembira daripada kawan-kawan yang bertunang dan berkahwin...tak kurang juga yang mendapat baby!!! Gembira untuk semua dan saya doakan kalian sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah.Amin~
Malam tadi berbincang dengan Pojie mengenai perancangan kami untuk melangkah ke langkah yang seterusnya dalam perhubungan kami...perbincangan menjadi hangat...huhu... kadang-kadang fikir macam mana kawan-kawan yang lain boleh kahwin cepat lagi2 yang masih menuntut...huhu..mungkin mereka ada persoalan yang sama dan mereka mendapat jawapan penyelesaian...bagi kami, perlu masa yang lebih untuk melengkapkan semua keperluan...masalah utama kami sekarang adalah kewangan...masih tidak cukup untuk membuat persiapan...x apa lah...mungkin ada hikmah di sebalik semua ini...apa yang penting adalah kehidupan selepas akad nikah itu sendiri...apa guna majlis yang diadakan meriah tetapi selepas itu banyak masalah yang timbul..kan? Apa2 pun, kami berserah pada takdir...andai jodoh antara kami cepat, insyaAllah akan dipermudahkan...Yang saya takuti adalah hukum alam...huhu.. T__T harap2 hubungan kami terikat dengan ikatan suci sehingga ke akhirat.. AMIN~
0 comments:
Post a Comment