Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah.. Rasa bersyukur kami ucapkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah Innayah-Nya kami disatukan dengan ikatan pertunangan yang merupakan satu jalan menuju ke arah perhubungan yang halal.. :)
Kami bertunang pada 2-Mei-2011 merangkap hari kelahiran Inn yang ke-24. Alhamdulillah..
♥
Majlis sepatutnya bermula pada jam 11 pagi tapi pihak Inn meminta untuk tangguh lagi sejam sebab masing-masing belum bersiap. Masakan baru siap dimasak tetapi tidak sempat untuk berkemas. Walaupun begitu, majlis diteruskan jam 12 tengahari. Inn disarung cincin risik oleh nenek Pojie dan cincin tunang oleh mak Pojie. :)
Selepas majlis tersebut, keluarga menyambut hari kelahiran Inn dan sepupu Nur Sabrina Batrisya. Kami buat majlis yang ringkas sebab lepas tu dah bertolak balik kt KL.. hehe..
Di sini ada sedikit gambar untuk kenangan :)